Latar Belakang
Bandar Taiping merupakan
ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Taiping terletak di koordinat
4.8° Utara dan 104.7° Timur. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak.
Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah
sejenis buah mangga bersaiz kecil. Ianya ditukarkan kepada Taiping yang
bermaksud AMAN atau DAMAI dalam bahasa Hakka (bahasa atau dialek yang di bawah
keluarga Bahasa Cina). Ianya berikutan tercetusnya pertelingkahan antara
puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih
timah di daerah Larut iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San, yang begitu ramai
di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah
bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata
sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di
daerah Larut ini. Rentetan itu, Taiping yang bermaksud "kedamaian
luhur" dibuka dan dihuni oleh Hai San, manakala Kamunting didiami oleh
musuhnya, Gi Han.
Zaman Kolonial
Lombong bijih timah tradisional Dalam
tahun-tahun 1880an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris
kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai
Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali
sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long
Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk
mentadbir jajahan ini. dan dikenali sebagai jajahan Larut. Long Jaafar telah
membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau
di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut. Kediaman residen British (1877)
Pada tahun 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian
Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten
Speedy sebagai Penolong Residen British. Dan Sir James W.W. Birch menjadi
Residen Inggeris yang pertama di Perak pada ketika itu. Melalui perjanjian ini
telah memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu
kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur
tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah
ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di
kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor. Kota Ngah Ibrahim lambang
kegemilangan melayu di waktu itu (1857) Pahlawan Negara Datuk Ngah Ibrahim
Datuk Maharajalela Pandak Lam - salah seorang pambesar delapan.
Sejarah Penentangan
Pejuang yang berani telah
dihukum gantung pada 20 Januari 1877 kerana membunuh J.W.W Birch Kota Ngah
Ibrahim yang terletak di Matang (dulu dikenali sebagai Permatang) telah dibina
oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Beliau adalah
anak kepada Long Jaafar yang merupakan orang Melayu pertama membuka perusahaan
lombong bijih timah di Larut, Matang dan Selama pada 1840. 1880an ibu negeri
Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W Birch dibunuh
oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875 bersama rakan-rakannya
iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim,
Ngah Jabor dan lain-lain. Beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875.
Ini berikutan dengan sikap J.W.W Birch yang mentadbir negeri tanpa mengambil
tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak
berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Kerani
Melayunya, Mat Arshad, turut terbunuh dalam peristiwa tersebut.
Taiping Ibu Negeri Perak
Dengan penubuhan Taiping sebagai
ibu negeri Perak ketika itu banyak kemudahan telah dibina dan hasil binaan dan
kemudahan ini adalah yang pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering diberi
jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak mahupun
elektronik. Hakikatnya, keistimewaan Taiping sebagai bandar warisan dan
bersejarah jelas dilihat kerana terdapat kira-kira 31 bahan sejarah pertama di
negara ini. Ini antara kemudahan yang terbina di Taiping ketika itu.
1. Antaranya adalah kemudahan jalan kereta api
yang menghubungkan Bandar Taiping ke Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld)
bermula dari tahun 1882 dan siap di dalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak
₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan
keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low.
Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong
bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari
Taiping.
![]() |
Stesen Keretapi Taiping |
2. Port Weld/Kuala Sepetang juga dikenali sebagai pelabuhan pertama di Tanah Melayu
3. Stesyen kereta api
pertama pula adalah Stesyen Keretapi Taiping. Bangunan hospital pertama Taiping
dibina tahun 1880. Pertama juga di Tanah Melayu
4. Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai
Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari, dibina pada tahun 1880.
Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana
menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa
bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen.
5. Pejabat Pos dan Telegraf merupakan pejabat pos pertama di bandar ini dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping. Old Post and Telegraph Office (now Taiping Court), Taiping, Perak (1884) Pemandangan dari atas Bukit Maxwell. Kalau cuaca baik boleh nampak hingga ke Jambatan Pualau Pinang ni Pada yang nak melancong boleh sewa banglo yang ada di Bukit Maxwell ni Tulip yang berbunga setiap bulan Desember - April di Bukit Larut ni. Tak payah ke Belanda dah :)
6. Kolam renang awam pertama, Coronation Pool
dibina pada tahun 1870.
7. Bukit Larut atau Maxwell Hill yang mempunyai
ketinggian 1,250m, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William
Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di
kawasan tinggi tertua di Malaysia. Ianya juga merupakan kawasan reakreasi Tanah
Tinggi di negeri Perak. Ia dinamakan Bukit Maxwell bersemperna residen British
berkenaan. Ia merupakan resort tanah tinggi pertama di Tanah Melayu ketika itu.
Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh
mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut
boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72
selekoh berliku tajam dilereng bukit. Muzium Perak di Taiping.
8. Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua
dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea
penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu.
Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani
dan geologi. Di sini tersimpan lebih 10,000 bahan pameran pelbagai spesimen
zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu selain lebih 5,000 bahan
rujukan sejarah.
9. Dibina dalam tahun 1879, Penjara Taiping
merupakan satu badan institusi kemanusian yang menghukum, menahan dan memasung
pesalah tingkahlaku pertama di Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu
serta di Malaysia. Cetusan penjara ini bermula dengan Taiping Goal dan yang
terbesar ketika itu. Sekolang King Edward Taiping
10. Sekolah King Edward VII merupakan sekolah
Bahasa Inggeris pertama dibangunkan pada tahun 1883. Asalnya dikenali sebagai
Central School tetapi bertukar menjadi King Edward VII School bersempena nama
King Edward VII, Putera Wales dari United Kingdom, dimana, ketika penubuhan
sekolah King Edward VII ini, Tanah Melayu dibawah naungan pemerintahannya.
11. Sekolah perempuan pertama di Tanah Melayu
pula adalah Lady Treacher Girl's School yang juga dibina tahun 1883.
12. Taman Tasik Taiping merupakan kawasan
rekreasi pertama dibina di atas tanah bekas lombong bijih timah yang tertua di
Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman
tasik ini. Keluasan taman tasik di Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar.
Berada di taman ini, pengunjung dapat menikmati pemandangan landskapnya yang
cantik, dihiasi pokok-pokok berusia ratusan tahun selain terdapat 10 kolam
besar lengkap dengan kemudahan tandas, laluan berjoging dan pondok berehat. Mr
flickr yang ambik gambar ni kat Zoo Taiping katanya.
13. Zoo Taiping dan Night Safari atau Taman
Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah
utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac
1964. Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu
pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep
terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo ini
menempatkan 1,300 ekor haiwan daripada lebih 200 spesies burung, reptilia dan
mamalia yang dipamerkan dalam suasana semula jadi. Lokasinya yang terletak di
kawasan Taman Tasik Taiping dan berhampiran kaki Bukit Larut, memberi ruang
kepada para pengunjung untuk 'bermesra' dengan alam.
14. Maktab Perguruan Matang (1913- 1922) yang
merupakan maktab perguruan pertama beroperasi di Kota Ngah Ibrahim juga
terletak di bandar ini . Ni le Menara Jam Taiping tu yang asalnya balai bomba
pertama.
![]() |
Maktab Perguruan Matang, Taiping |
15. Terdapat juga sebuah balai bomba pertama yang dibuka pada tahun 1886. Kini ia sudah tidak beroperasi tetapi masih boleh ditatap oleh generasi hari ini apabila bangunannya diubah menjadi menara jam besar dan pusat menjual cenderamata.
16. Pembinaan jalan raya negara bermula pada
tahun 1860 apabila Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim
membina jalan pertama menggunakan kayu balak yang diikat dengan rotan. Jalan
tersebut dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong di Kamunting ke jeti
Teluk Kertang (kini Kuala Sepetang), Perak. Bangunan pasar pertama di Tanah
Melayu dan ianya masih beroperasi sehingga ke hari ini
17. Bangunan pasar pertama di Tanah Melayu adalah
Pasar Taiping dibina dalam kurun ke 19 iaitu pada tahun 1884. Lapangan Terbang
Tekah merupakan lapanga terbang yang
pertama di Tanah Melayu.
18. Lapangan terbang pertama pula di bina pada tahun 1870 di Tekah, Taiping dan dikenali sebagai Lapangan Terbang Tekah.
19. Bangunan Balai Polis dibina mengikut ciri
seni bina kolonial dalam tahun 1881.
20. Kaki golf pasti tertarik dengan info ini,
Taiping Golf Resort yang terletak di Bukit Jana, Kamunting juga dikatakan yang
pertama di negara ini.
21. Rumah Rehat Lama (1894), kini dikenali
Lagenda Inn berdekatan Stesen Keretapi Taiping.
22. Selain itu, terdapat New Club (1880), Rumah
Residen Inggeris (1870), Kompleks Mahkamah Majistret dan Masjid Melayu tertua
(1987) yang semuanya tercatat sebagai yang paling awal dibuka.
23. Akhbar pertama di Negeri-Negeri Melayu
dicetak di Taiping pada 1890an, bermula dengan akhbar Melayu, Negeri Perak,
akhbar Tamil Perak Parthamani dan akhbar Inggeris Perak Pioneer terbitan
Taiping Press.
Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 212,562 orang. Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun dengan jumlah sekitar 4,000mm setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.
Bangunan-bangunan Kerajaan
Bangunan Majlis Perbandaran
Taiping yang dibina pada tahun 1898 Di Taiping ini, Daerah Larut, Matang dan
Selama ditadbir dan diurus oleh 2 pihak berkuasa tempatan iaitu: Majlis
Perbandaran Taiping yang ditubuhkan pada 1 September 1979 bagi beberapa kawasan
di dalam pentadbiran Larut dan Matang. Dengan gabungan dari lapan Lembaga
Pengurusan Kerajaan Tempatan, majlis perbandaran ini mentadbir kawasan seluas
186.46 km ia mentakbir 12 mukim. Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama yang
mula beroperasi pada sekitar awal tahun 1950-an. Ia lebih diketahui sebagai
Lembaga Bandaran Selama, pada tahun 1952, yang berpengaruh dibawah kuasa Local
Authorities Election Ordinance. Kemudiannya, nama Lembaga Bandaran telah
bertukar kepada Majlis Tempatan dalam tahun 1953. Majlis Tempatan ini mentadbir
kawasan Kampung Baru (perkampungan Melayu) dan Local Council (perkampungan
Cina). Permecahan ini berlaku hasil tercetusnya darurat ketika tahun berkenaan.
Pemecahan pentadbiran ini masih dibawah Local Council Ordinance.
Pengisytiharaan Majlis Daerah Selama berlaku pada 1 Disember , 1979 dengan
pergabungan Penguasa-Penguasa Tempatan dari 8 kawasan.
Pasukan Keselamatan Taiping
Bandar Taiping ini juga
merupakan kawasan pembentukan pasukan keselamatan terawal di Malaysia oleh
British. 1880an Ngah Ibrahim selaku Menteri Larut terpaksa setuju menerima
Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan
keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan. Hasil rundingan,
Kapten Tristam Speedy telah ke utara india iaitu di kawasan Punjab untuk
mengambil rekrut dari kalangan Sikh untuk menjadi polis, tentera dan pengawal.
Pasukan ini berpusat di Taiping dan kebanyakan mereka orang Sikh ini
menganggotai : Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884 First Battalion Perak
Sikhs (FBPS) 1884-1896 Malay States Guides (MSG) 1896-1919.
Penutup
Tahun 1937 Taiping tidak
lagi menjadi ibu negeri Perak selepas Perang Dunia ke2. Ipoh dipilih sebagai
ibu negeri selepas Jepun ditewaskan dan Inggeris kembali berkuasa di Tanah
Melayu. Ia dipilih kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.
Ada sedikit pembetulan.
ReplyDeleteSekolah Treacher tu diasaskan pada tahun 1889
Lapangan terbang dibina sekitar tahun 1930.
ReplyDeleteGambar Maktab Perguruan tu sepatutnya adalah gambar Kota Ngah Ibrahim. Gambar tu lain.
ReplyDeleteHockey VR - Play the best online hockey virtual reality dafabet dafabet bet365 bet365 188bet 188bet 5679Soccer 13 Top Tips Predictions by konicasino.com
ReplyDelete