SEJARAH SUNGAI UJONG
Bermulanya Penempatan
di Seremban
Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
Pihak penjajah
Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan
peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih
timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang
kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten
Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang
Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan
mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang
mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.
Era Lembaga Kesihatan
Sebelum zaman pendudukan Jepun, peranan Unit Penguasa Tempatan Seremban (dikenali sebagai Lembaga Kesihatan - (1897) terletak dibawah pentadbiran Residen yang ditubuhkan melalui Warta Kerajaan No. 285 bertarikh 15hb. September 1899) masih lagi terhad kepada menyediakan keperluan asas sahaja. Namun selepas Perang Dunia Ke-II, pembangunan bandar Seremban begitu pesat dimana perubahan demi perubahan yang berlaku memaksa Lembaga Kesihatan

![]() |
Stesen Bas dan teksi Seremban |
yang terhad aktivitinya diubah menjadi sebuah Lembaga Bandaran melalui Warta
Kerajaan No. 143 bertarikh 12hb. Januari 1946 sehingga 1953 apabila ianya
dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Seremban. Pengerusi Lembaga Bandaran
Seremban selepas perang ialah seorang pegawai Inggeris, LHN Davis manakala
Pegawai Daerah Seremban merangkap Setiausaha Lembaga Perbandaran ialah YM Raja
Azman Bin Raja Sir Chulan.
![]() |
Stesen keretapi Seremban |
Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telah pun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail).
Era Majlis Bandaran
Seremban
Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22hb. Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak. Berikut adalah senarai Pengerusi atau Presiden Majlis Perbandaran Seremban bermula dari tahun 1953 - 22hb. Julai 1965. Pada tanggal 23hb. Julai 1965, pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban telah diambil alih oleh YAB. Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan.
SOALAN INTERAKTIF
Anda boleh sertakan jawapan anda di ruang komen...
1. Apakah faktor yang menyumbang kepada pembangunan bandar Seremban ?
2. Terangkan tentang kepesatan bandar Seremban pada masa kini ?
3 Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada bandar Seremban 10 tahun yang akan datang ?
selamat mencuba...
![]() |
Majlis Perbandaran Seremban |

wowww maklumat yang menarik :) tahniah
ReplyDeleteApakah iktibar Dan kesan drpd prblhn sg ujong kpd diri masyrakat Dan negara ?
ReplyDelete