Pages

Sunday 6 September 2015

Sejarah Sungai Ujong (Seremban)



SEJARAH SUNGAI UJONG

Bermulanya Penempatan di Seremban  

 Asal-usul Seremban 

Rumah Dato Kelana Sungai Ujong





















    
Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
 


Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.
 

Era Lembaga Kesihatan 

Sebelum zaman pendudukan Jepun, peranan Unit Penguasa Tempatan Seremban (dikenali sebagai Lembaga Kesihatan - (1897) terletak dibawah pentadbiran Residen yang ditubuhkan melalui Warta Kerajaan No. 285 bertarikh 15hb. September 1899) masih lagi terhad kepada menyediakan keperluan asas sahaja. Namun selepas Perang Dunia Ke-II, pembangunan bandar Seremban begitu pesat dimana perubahan demi perubahan yang berlaku memaksa Lembaga Kesihatan
 


Stesen Bas dan teksi Seremban

yang terhad aktivitinya diubah menjadi sebuah Lembaga Bandaran melalui Warta Kerajaan No. 143 bertarikh 12hb. Januari 1946 sehingga 1953 apabila ianya dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Seremban. Pengerusi Lembaga Bandaran Seremban selepas perang ialah seorang pegawai Inggeris, LHN Davis manakala Pegawai Daerah Seremban merangkap Setiausaha Lembaga Perbandaran ialah YM Raja Azman Bin Raja Sir Chulan.




Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen - Residen British ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
 



Stesen keretapi Seremban




Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telah pun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail).
 

Era Majlis Bandaran Seremban
Majlis Perbandaran Seremban







Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22hb. Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak. Berikut adalah senarai Pengerusi atau Presiden Majlis Perbandaran Seremban bermula dari tahun 1953 - 22hb. Julai 1965. Pada tanggal 23hb. Julai 1965, pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban telah diambil alih oleh YAB. Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan.



SOALAN INTERAKTIF


Anda boleh sertakan jawapan anda di ruang komen...


1. Apakah faktor yang menyumbang kepada pembangunan bandar Seremban ?


2. Terangkan tentang kepesatan bandar Seremban pada masa kini ?


3 Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada bandar Seremban 10 tahun yang akan datang ?


selamat mencuba...




          

Taiping Bandar Warisan


SEJARAH BANDAR WARISAN

Bandar Taiping abad ke 19


Latar Belakang

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil. Ianya ditukarkan kepada Taiping yang bermaksud AMAN atau DAMAI dalam bahasa Hakka (bahasa atau dialek yang di bawah keluarga Bahasa Cina). Ianya berikutan tercetusnya pertelingkahan antara puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut ini. Rentetan itu, Taiping yang bermaksud "kedamaian luhur" dibuka dan dihuni oleh Hai San, manakala Kamunting didiami oleh musuhnya, Gi Han.

Zaman Kolonial

 Lombong bijih timah tradisional Dalam tahun-tahun 1880an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. dan dikenali sebagai jajahan Larut. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut. Kediaman residen British (1877) Pada tahun 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British. Dan Sir James W.W. Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak pada ketika itu. Melalui perjanjian ini telah memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor. Kota Ngah Ibrahim lambang kegemilangan melayu di waktu itu (1857) Pahlawan Negara Datuk Ngah Ibrahim Datuk Maharajalela Pandak Lam - salah seorang pambesar delapan.

Sejarah Penentangan

Pejuang yang berani telah dihukum gantung pada 20 Januari 1877 kerana membunuh J.W.W Birch Kota Ngah Ibrahim yang terletak di Matang (dulu dikenali sebagai Permatang) telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Beliau adalah anak kepada Long Jaafar yang merupakan orang Melayu pertama membuka perusahaan lombong bijih timah di Larut, Matang dan Selama pada 1840. 1880an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875 bersama rakan-rakannya iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain-lain. Beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875. Ini berikutan dengan sikap J.W.W Birch yang mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Kerani Melayunya, Mat Arshad, turut terbunuh dalam peristiwa tersebut.

Taiping Ibu Negeri Perak

Dengan penubuhan Taiping sebagai ibu negeri Perak ketika itu banyak kemudahan telah dibina dan hasil binaan dan kemudahan ini adalah yang pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering diberi jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak mahupun elektronik. Hakikatnya, keistimewaan Taiping sebagai bandar warisan dan bersejarah jelas dilihat kerana terdapat kira-kira 31 bahan sejarah pertama di negara ini. Ini antara kemudahan yang terbina di Taiping ketika itu.

1.  Antaranya adalah kemudahan jalan kereta api yang menghubungkan Bandar Taiping ke Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap di dalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping.

Stesen Keretapi Taiping


2.  Port Weld/Kuala Sepetang juga dikenali sebagai pelabuhan pertama di Tanah Melayu

3. Stesyen kereta api pertama pula adalah Stesyen Keretapi Taiping. Bangunan hospital pertama Taiping dibina tahun 1880. Pertama juga di Tanah Melayu

4.  Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari, dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen.












5.  Pejabat Pos dan Telegraf merupakan pejabat pos pertama di bandar ini dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping. Old Post and Telegraph Office (now Taiping Court), Taiping, Perak (1884) Pemandangan dari atas Bukit Maxwell. Kalau cuaca baik boleh nampak hingga ke Jambatan Pualau Pinang ni Pada yang nak melancong boleh sewa banglo yang ada di Bukit Maxwell ni Tulip yang berbunga setiap bulan Desember - April di Bukit Larut ni. Tak payah ke Belanda dah :)

6.  Kolam renang awam pertama, Coronation Pool dibina pada tahun 1870.

7.  Bukit Larut atau Maxwell Hill yang mempunyai ketinggian 1,250m, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tinggi tertua di Malaysia. Ianya juga merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Ia dinamakan Bukit Maxwell bersemperna residen British berkenaan. Ia merupakan resort tanah tinggi pertama di Tanah Melayu ketika itu. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Muzium Perak di Taiping.

8.  Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi. Di sini tersimpan lebih 10,000 bahan pameran pelbagai spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu selain lebih 5,000 bahan rujukan sejarah.

9.  Dibina dalam tahun 1879, Penjara Taiping merupakan satu badan institusi kemanusian yang menghukum, menahan dan memasung pesalah tingkahlaku pertama di Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta di Malaysia. Cetusan penjara ini bermula dengan Taiping Goal dan yang terbesar ketika itu. Sekolang King Edward Taiping

10.  Sekolah King Edward VII merupakan sekolah Bahasa Inggeris pertama dibangunkan pada tahun 1883. Asalnya dikenali sebagai Central School tetapi bertukar menjadi King Edward VII School bersempena nama King Edward VII, Putera Wales dari United Kingdom, dimana, ketika penubuhan sekolah King Edward VII ini, Tanah Melayu dibawah naungan pemerintahannya.

11.  Sekolah perempuan pertama di Tanah Melayu pula adalah Lady Treacher Girl's School yang juga dibina tahun 1883.

12.  Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi pertama dibina di atas tanah bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan taman tasik di Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar. Berada di taman ini, pengunjung dapat menikmati pemandangan landskapnya yang cantik, dihiasi pokok-pokok berusia ratusan tahun selain terdapat 10 kolam besar lengkap dengan kemudahan tandas, laluan berjoging dan pondok berehat. Mr flickr yang ambik gambar ni kat Zoo Taiping katanya.

13.  Zoo Taiping dan Night Safari atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo ini menempatkan 1,300 ekor haiwan daripada lebih 200 spesies burung, reptilia dan mamalia yang dipamerkan dalam suasana semula jadi. Lokasinya yang terletak di kawasan Taman Tasik Taiping dan berhampiran kaki Bukit Larut, memberi ruang kepada para pengunjung untuk 'bermesra' dengan alam. 

14.  Maktab Perguruan Matang (1913- 1922) yang merupakan maktab perguruan pertama beroperasi di Kota Ngah Ibrahim juga terletak di bandar ini . Ni le Menara Jam Taiping tu yang asalnya balai bomba pertama.

Maktab Perguruan Matang, Taiping


15.  Terdapat juga sebuah balai bomba pertama yang dibuka pada tahun 1886. Kini ia sudah tidak beroperasi tetapi masih boleh ditatap oleh generasi hari ini apabila bangunannya diubah menjadi menara jam besar dan pusat menjual cenderamata.



16.  Pembinaan jalan raya negara bermula pada tahun 1860 apabila Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membina jalan pertama menggunakan kayu balak yang diikat dengan rotan. Jalan tersebut dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong di Kamunting ke jeti Teluk Kertang (kini Kuala Sepetang), Perak. Bangunan pasar pertama di Tanah Melayu dan ianya masih beroperasi sehingga ke hari ini

17.  Bangunan pasar pertama di Tanah Melayu adalah Pasar Taiping dibina dalam kurun ke 19 iaitu pada tahun 1884. Lapangan Terbang Tekah merupakan lapanga terbang  yang pertama di Tanah Melayu.












18.  Lapangan terbang pertama pula di bina pada tahun 1870 di Tekah, Taiping dan dikenali sebagai Lapangan Terbang Tekah.

19.  Bangunan Balai Polis dibina mengikut ciri seni bina kolonial dalam tahun 1881.

20.  Kaki golf pasti tertarik dengan info ini, Taiping Golf Resort yang terletak di Bukit Jana, Kamunting juga dikatakan yang pertama di negara ini.

21.  Rumah Rehat Lama (1894), kini dikenali Lagenda Inn berdekatan Stesen Keretapi Taiping.

22.  Selain itu, terdapat New Club (1880), Rumah Residen Inggeris (1870), Kompleks Mahkamah Majistret dan Masjid Melayu tertua (1987) yang semuanya tercatat sebagai yang paling awal dibuka.

23.  Akhbar pertama di Negeri-Negeri Melayu dicetak di Taiping pada 1890an, bermula dengan akhbar Melayu, Negeri Perak, akhbar Tamil Perak Parthamani dan akhbar Inggeris Perak Pioneer terbitan Taiping Press.

Geografi dan kependudukan Taiping

Kuala Sepetang, Taiping


Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 212,562 orang. Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun dengan jumlah sekitar 4,000mm setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.

Bangunan-bangunan Kerajaan

Bangunan Majlis Perbandaran Taiping yang dibina pada tahun 1898 Di Taiping ini, Daerah Larut, Matang dan Selama ditadbir dan diurus oleh 2 pihak berkuasa tempatan iaitu: Majlis Perbandaran Taiping yang ditubuhkan pada 1 September 1979 bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang. Dengan gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan, majlis perbandaran ini mentadbir kawasan seluas 186.46 km ia mentakbir 12 mukim. Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama yang mula beroperasi pada sekitar awal tahun 1950-an. Ia lebih diketahui sebagai Lembaga Bandaran Selama, pada tahun 1952, yang berpengaruh dibawah kuasa Local Authorities Election Ordinance. Kemudiannya, nama Lembaga Bandaran telah bertukar kepada Majlis Tempatan dalam tahun 1953. Majlis Tempatan ini mentadbir kawasan Kampung Baru (perkampungan Melayu) dan Local Council (perkampungan Cina). Permecahan ini berlaku hasil tercetusnya darurat ketika tahun berkenaan. Pemecahan pentadbiran ini masih dibawah Local Council Ordinance. Pengisytiharaan Majlis Daerah Selama berlaku pada 1 Disember , 1979 dengan pergabungan Penguasa-Penguasa Tempatan dari 8 kawasan.

Pasukan Keselamatan Taiping

Bandar Taiping ini juga merupakan kawasan pembentukan pasukan keselamatan terawal di Malaysia oleh British. 1880an Ngah Ibrahim selaku Menteri Larut terpaksa setuju menerima Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan. Hasil rundingan, Kapten Tristam Speedy telah ke utara india iaitu di kawasan Punjab untuk mengambil rekrut dari kalangan Sikh untuk menjadi polis, tentera dan pengawal. Pasukan ini berpusat di Taiping dan kebanyakan mereka orang Sikh ini menganggotai : Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884 First Battalion Perak Sikhs (FBPS) 1884-1896 Malay States Guides (MSG) 1896-1919.

Penutup

Tahun 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak selepas Perang Dunia ke2. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri selepas Jepun ditewaskan dan Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu. Ia dipilih kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.